Friday, February 18, 2011

CINTA ABADI

Langsir biru diselak oleh Syazwani. Dia menghalakan pandangannya kearah sekumpulan manusia yang sedang menuju ke rumahnya sambil membawa dulang hantaran perkahwinan daripada pihak lelaki yang tidak ingin sekali dia kenali. Perkahwinan yang dirancang oleh ahli keluarganya, Syazwani tiada hak untuk membantahnya. Gaun pengantin berwarna putih yang dipakainya bersinar apabila cahaya matahari menembusi tingkap kediamannya. Syazwani teringat akan kata-kata terakhirnya kepada Hafizul ketika mereka bertemu di kedai makan secara tidak sengaja .
“Hafiz, kau dengar sini, kau tak cintakan aku, aku pun tak cintakan kau, jadi kita kahwin tapi dengan satu syarat, aku, jadi ikut rancangan aku boleh?” tanya Syazwani. Syazwani menarik nafasnya dan tanpa disedari air matanya jatuh berderai membasahi pipinya yang gebu.
Tok..tok..tok...
Dengan pantas Syazwani mengesat air matanya apabila terdengar ketukan pintu dari luar.
“ Masuk,”kata Syazwani dengan lembut.
“Assalamualaikum. Wei! Tak siap lagi ke? Bakal suami ko tengah tunggu ko kat bawah tu ko tau tak, apa lagi yang ko termenungkan cik kak oi?”leter Hasnaa dengan panjang.
“Ko ni Wani, disaat ko nak bahagia ni pun ko masih lagi nak berjiwang. Ko kena lupakan semua sekali. Takkan ko nak tengok mak ngan ayah ko bersedih?”jelas Hasnaa dengan panjang. Hanya Hasnaa sahabat yang dia ada sekarang ini yang faham tentang masalah yang dihadapinya ketika ini. Syazwani hanya tersenyum melihat gelagat Hasnaa yang semakin hari perutnya semakin membesar yang kini mencecah lima bulan.
“Alangkah bahagia kalau hidup aku seperti kau Has,”hati Syazwani berbisik sayu. Hasnaa mengambil tisu dari dompetnya dan mengesat air mata kawannya itu.
“Dah,jom turun k,”kata Hasnaa dengan lembut. Syazwani hanya mengangguk faham.
Mereka berjalan menuju ke tempat akad nikah di ruang tamu rumah Syazwani. Rumah banglo setingkat Syazwani akan menjadi saksi kepada perkahwinannya dengan Hafizul. Syazwani mengambil tempat duduk di sebelah datin Rafidah dan ibunya Puan Zaharah. Syazwani mencari kelibat kawan baiknya Zul Helmi yang dari tadi asyik singgah di mindanya. Secara tiba-tiba Syazwani terlihat susuk tubuh orang yang sangat di kenalinya malah disayanginya Zul yang berada belakang Hafizul.
“Zul...,”teriak Syazwani perlahan, Zul melambaikan tangannya ke arah Syazwani. Syazwani membalsnya dengan satu senyuman yang panjang. Hafizul menoleh ke belakangnya dan memandang wajah Syazwani semula dengan senyuman yang sinis. Setelah semua tetamu mengambil tempat duduk,akhirnya majlis akad nikah pun berlangsung.
“Aku nikahkan dikau Muhammad Hafizul bin Datuk Daud dengan Syazwani binti Zulkarnain dengan mas kahwinnya RM150 tunai”,jelas tok kadi.
“Aku Muhammad Hafizul bin Datuk Daud menerima nikahnya Syazwani binti Zulkarnain dengan mas kahwin RM150 tunai,”ulang Hafizul dengan tenang.
“Sah?,”Tanya tok Kadi kepada para saksi dibelakangnya.
“Sah..sah..sah,”jawab saksi-saksi yang berada di belakang tok kadi  tersebut dengan gembira.
“Amin,”tok kadi menyambung acara tersebut dengan bacaan doa untuk kebahagiaan kedua-dua pengantin. Selepas setengah jam berlalu akhirnya majlis akad nikah pun selesai.






















2
Selesai kesemua acara perkahwinan, Syazwani menuju ke biliknya kerana terlalu penat melayan kesemua tetamu yang hadir di majlis perkahwinannya. Setibanya dia dikatil, dia terus membuka kesemua barang kemasnya termasuk baju pengantinnya dan meletakkannya diatas katil. Kini tinggal pakaian dalamnya sahaja. Dia terus baring dan mengeliatkan badannya, bunyi tulang-tulangnya juga terasa, baru sahaja dia hendak melelapkan matanya, kedengaran orang sedang mengetuk pintunya dengan deras, dengan pantas Syazwani mencapai baju t-shirtnya di dalam almari lalu menyarungkannnya dan mencapai tudungnya lalu disarungkannya di kepala. Dengan pantas dia membuka pintunya dan terlihat Hafizul tercengat di depan pintu dan bergerak masuk kedalam biliknya sambil berbaring di atas katilnya.
“Apa awak buat kat sini hah?”Tanya Syazwani dengan suara yang deras.
“Saya nak tidur dengan awak, tak boleh ke?”jawab Hafizul dengan slamba.
“Eh, kan aku dah kata tempoh hari, kau tak faham ke,”kata Syazwani lagi, dia tidak akan mengalah pada lelaki tersebut.
“Awak kata saya tak boleh sentuh awak, tapi awak tak kata saya tak boleh tidur dengan awak kan?”sindir Hafizul. Kali ini Syazwani mati ayat dengan kata-kata Hafizul.
“Saya ni suami awak, jadi awak kena layan saya sebagai suami awak,”jelas Hafizul lagi sambil mengenyitkan matanya kearah Syazwani. Syazwani kini hilang kesabaran dan mencapai bantal dan mula memukul badan Hafizul untuk menghalaunya keluar. Hafizul berlari lintang pukang apabila Syazwani mula mengejarnya sambil menghayunkan bantal panjangnya kearah Hafizul.
“Takpe...satu hari nanti kau akan jatuh ke tangan aku, ego kau akan aku patahkan,”bisik Hafizul bersendirian. Syazwani membuka tudung dan menguncikan pintu lalu  merebahkan badannya di atas katil kesayangannya. Tanpa disedari, dia pun terlelap.
Jam di atas mejanya berbunyi membuatkan Syazwani terkejut dari tidurnya. Dia membuka mata dan melihat kearah jam. Jam menunjukkan pukul 6.30 pagi. Dia terus bingkas bangun dan menuju kearah tandas untuk mandi dan mengambil wudhuk untuk menunaikan solat subuh. Setelah selesai solat, Syazwani menuju ke bilik Hafizul. Wani mengetuk pintu bilik Hafizul dan terus membukanya. Kelihatan Hafizul masih nyenyak tidur sambil memeluk bantal panjangnya. Dia mendekatkan dirinya kearah Hafizul dan menggoncang badan Hafizul dengan perlahan.
“ Fizul....Fizul...bangun solat subuh...”tiada tindak balas dari Hafizul. Syazwani naik marah dan menggoncang badan Hafizul dengan kuat.
“ Hafizul....Hafizul....bangunla solat subuh”Syazwani menjerit perlahan.
Hafizul membuka mata sebelahnya dan melihat Syazwani disebelahnya sambil bercekak pinggangnya.
“Assalamualaikum cik abang oi...subuh dah nk habis taknak sembahyang ke?”
“ Kejap-kejap lagilah...”jawab Hafizul lemah. Kali ini kesabaran Syazwani telah hilang dia terus menuju kea rah tandas bilik Hafizul dan mencedok air didalam gayung dan merenjis kea rah muka Hafizul. Hafizul bangun dari katil dan mencapai gayung dari tangan Syazwani dan menyimpannya semula ke dalam bilik air.
“Sayang, abang dah sembahyang Subuh awal lagi dari sayang, malah abang pun dah mandi tau”kata Hafizul lagi. Setelah mendengar kata-kata Hafizul, Syazwani terus berlalu dari bilik Hafizul. Belum sempat Syazwani hendak melangkah keluar dari bilik Hafizul, Hafizul terus merangkul pinggang Syazwani, Syazwani meronta-ronta untuk melepaskan diri dari pelukan Hafizul.
Hafizul melepaskan pelukannya dengan serta merta PAP!! Satu tamparan hinggap di pipi Hafizul. Hafizul memegang pipinya dan memandang muka Syazwani. Syazwani membeliakkan matanya menandakan yang dia tengah marah. Syazwani menuju kebiliknya sambil menjeling kearah Hafizul. Dia kembali kebilik untuk menyiapkan dirinya ke pejabat. Syazwani mengenakan baju kurung dan tudung berwarna coklat keemasan. Setelah siap berhias dia terus mencapai beg tangan dan kunci keretanya. Dia menghidupkan enjin kereta sport fairladynya. Dengan keadaannya yang sedang marah dia terus memecut laju keretanya ke pajabat. Masa diambil untuk ke pajabatnya lebih kurang setengah jam. Dia yang bekerja satu pejabat dengan Hafizul kini menjadi rakan kongsi yang sah. Syarikat milik Datuk Daud kini menjadi salah satu syarikat mereka pelan rumah dan bangunan yang terkemuka di ibu kota. Kelantan menjadi salah satu negeri pilihan Datuk Daud untuk mengembangkan perniagaanya di Kuala Lumpur. Datuk Daud telah menyerahkan syarikatnya di Kelantan kepada anak tunggalnya Hafizul dan Kelantan jugalah yang  menjadi tempat pertemuan Syazwani dan Hafizul buat pertama kalinya.
Syazwani tiba di syarikat tepat jam 8 pagi. Dia meletakkan keretanya di sebelah tempat letak kereta Hafizul yang tertulis ‘TEMPAT LETAK KERETA PENGARAH 2’. Dia mengalihkan  pandangannya ke kanan dan mencari kereta Zul Helmi tetapi hampa, Zul masih belum sampai. Syazwani mengeluh panjang. Sememangnya dia amat mencintai lelaki tersebut. Dia mematikan enjin dan mencapai beg tanganya dan terus menuju ke pintu utama syarikat. Dia menekan suis lif, setelah pintu lif terbuka dia terus masuk dan menekan butang bernombor 5. Setelah tiba di tingkat 5, pintu lif pun terbuka, Syazwani menarik nafas dan terus melangkah keluar  menuju kebiliknya.
“ Selamat pagi puan,”sapa setiausahanya.
“Selamat pagi June,”balas Syazwani. Dia perasan keadaan pejabatnya yang sunyi.
“Mana yang lain June? Sunyi je rasa pejabat hari ini?” tanya Syazwani lagi
“Entahla puan, saya sampai je kat pejabat memang kosong.
Tanpa melengahkan masa Syazwani menuju ke biliknya, dia mengambil kunci pintu biliknya, belum sempat dia nak memasukkan kunci ke tombol pintu, pintu pejabatnya terbuka. Syazwani bertambah pelik. Dia mengundurkan dirinya setapak kebelakang. Tanpa berlengah dia menolak tombol pintu dan tiba-tiba...
SURPRISE.....
Alangkah terkejut Syazwani apabila melihat semua kakitanganya di dalam pejabatnya.
“Selamat Pengantin Baru puan.....,”jerit semua pekerjanya termasuk makcik cleaner yang bertugas di pajabatnya. Seorang demi seorang menyerahkan hadiah kepada Syazwani.
“Kenapa susah-susah bagi hadiah ni?”Tanya Syazwani lembut.
“Ala puan, kami tak kisah pun,puan baik ngan kami semua, jadi kami nak balas budi puan pula,”kata Paris. Paris sememangnya seorang lelaki yang lembut tetapi akal dan fikirannya tidak dapat disangkal kehebatannya. Semua idea yang diberikan olehnya semua bernas dan berguna.
“Kalau kamu nak balas jasa saya bukan begini caranya, tu...atas meja kamu tu,selesaikan cepat,”kata Syazwani lagi dengan nada bergurau.
“Ala puan ni...takkan dah kahwin pun nak garang-garang?Nanti muka puan hodoh tau,”sambung Paris lagi. Mendengar kata-kata Paris membuatkan semua orang disهفع ketawa berdekah-dekah.
“Oh ya puan, kita dok ketawa berdekah-dekah ni, mana suami puan Encik Hafizul?”kata Awie. Syazwani tersentak apabila mendengar nama Hafizul disebut. Dia teringat kembali kejadian pagi tadi. Buat pertama kali dia didakap oleh seorang lelaki yang tidak dicintainya . Zul menepuk bahu Syazwani dengan perlahan membuatkan lamunan Syazwani terputus.
“Termenung jauh nampaknya?”kata Zul dengan perlahan. Syazwani tersedar dari lamunannya dan melihat semua pekerjanya sudah memulakan tugas mereka.
“Isyh..takdelah...,”jawab Syazwani. Dia terus menuju ke meja kerjanya dan menyusun fail di atas mejanya.
“Mana Hafiz?”Tanya Zul lagi.
“Entah,”Syazwani menjawab dengan endah tak endah.
“Zul, awak tahukan saya tak pernah cintakan dia, buat apa saya nak ambil tahu tentang dia,” kata Syazwani dengan keras.
“Kalau iya pun janganlah hukum dia macam begitu, ingat Wani, sekali Wani tinggikan suara pada suami, berdosa besar tau,”kata Zul lagi dan berlalu pergi dari bilik Syazwani. Syazwani hanya menundukkan kepalanya. Zul Helmi merupakan kawan baik Syazwani dan Hafizul dan juga merupakan rakan kongsi syarikat tersebut. Zul tiba dibiliknya dan terus melabuhkan punggungnya ke kerusi.
“Aku cintakan kau Wani, tetapi apakan daya, kau dah berkahwin, berkahwin pula dengan kawan baik aku sendiri,”kata Zul sayu.
Agak lama Syazwani termenung, tiba-tiba pintu pejabatnya dibuka, Syazwani menoleh kea rah pintu dan terlihat tubuh seorang lelaki yang amat dibencinya sedang menuju kearahnya.
“Kenapa tinggalkan abang sayang, sayang marahkan abang lagi ke?”Tanya Hafizul. Bulu roma Syazwani tiba-tiba meremang.
“Jangan sesekali panggil saya dengan panggilan sayang, dahlah menjijikkan eeeeeeee....geli!” kata Syazwani.
Hafizul melangkah menuju kearah Syazwani, Syazwani kelihatan takut dan cuba mengundurkan diri tetapi gagal kerana badannya terlalu hampir dengan dinding dibelakangnya. Hafizul mendekatkan mukanya ke muka Syazwani, Syazwani cuba mengelak dengan mengalihkan mukanya ke kanan. Syazwani menutup matanya dan mengecutkan badanya apabila terasa badan Hafizul menghimpit badannya.
Hafizul mendekatkan hidungnya ke tengkuk Syazwani dan mencium tengkuk Syazwani dari luar tudungnya sambil membisikkan sesuatu ke telinga isterinya.
“Sayang...biar berjuta kali sayang mengelak dari abang, satu hari nanti sayang akan jatuh ke tangan abang, dari saat itu, abang takkan lepaskan sayang ke tangan orang lain terutama sekali Zul,”kata Hafizul sambil mengucup dahi Syazwani dengan lembut, belum sempat Syazwani membetulkan kedudukannya Hafizul menyambung ayatnya.
“Sayang , jangan terlalu ego, keegoan sayang akan memakan diri sayang balik,”sambung Hafizul dan kali ini dia terus beredar dari bilik Syazwani dengan satu senyuman yang besar.
Hatinya puas apabila dapat mengenakan Syazwani. Perasaan marah Syazwani membuak-buak, dia terus menuju ke bilik Hafizul yang terletak disebelah pejabatnya. Dia memulas tombol pintu dan menolaknya, Hafizul memandang Syazwani dengan perasaan yang pelik. Syazwani menutup pintu bilik dan tingkap Hafizul dengan rapat dan terus menuju kea rah Hafizul. Dia menghentakkan tangannya dia meja kerja Hafizul. Sebelum memulakan ayatnya dia menarik nafas dengan panjang.
“Hafiz, awak dengar sini, saya takkan cintakan awak apatah lagi mencintai awak. Saya hanya mencintai satu orang iaitu Zul Helmi, hanya dia berada di hati saya sekarang ini, awak takkan dapat hati saya apatah lagi jiwa dan cinta saya, lagi bagus awak mengalah dan cari perempuan baru yang boleh beri awak kebahagiaan, saya hanya bagi awak kehancuran, faham? Tak payah awak berhabis tenaga untuk saya, saya tak akan layan awak dirumah mahupun di mana-mana. Kalau dipejabat saya hanya layan awak sebagai rakan kongsi sahaja tidak lebih dari itu faham,”jelas Syazwani dengan panjang lebar.
“Jangan nak mengarut sayang, saya suami awak dan saya berhak keatas awak dari hujung rambut sampai hujung kaki awak,”Hafizul membalas kata-kata Syazwani.
“Awak akan kalah Hafiz dan saya Syazwani binti Zulkarnaian akan menang,”jawab Syazwani dengan yakin dan bangga.
“Sebenarnya awak dah kalah sayang,”kata Hafizul lagi sambil tersenyum. Syazwani tidak faham apa yang dikatakan oleh Hafizul tadi dan kini dia hilang kata-kata. Dia terus berlalu kebiliknya.























BAB 3
Pejam celik pejam celik kini perkahwinannya mencecah setahun.masih belum ada perubahan ke atas rumah tangga mereka. Hafizul kini hilang sabar. Kata-kata Syazwani masih segar diingatannya. Dirumah Hafizul hilang semangat untuk bergerak kerana Syazwani enggan bercakap dengannya. Hanya di pejabat sahaja mereka akan bercakap jika berkaitan dengan hal kerja. Dia berasa bosan dan tidak tahu nak buat apa di hujung minggu. Hafizul mencapai telefon bimbitnya dan menekan nombor telefon ayahnya Datuk daud.
“Helo,assalamualaikum..,Fizul ke ni?”lelaki yang berusia 58tahun menjawab panggilan dengan suara yang lembut.
“Waalaikummussalam,ye ni Fizul abah, abah sihat?”jawab Fizul. Sememangnya dia amat memerlukan ayahnya.
“kenapa Fizul, anak abah ada masalah ke? Dengar suara pun abah dah tahu Fizul,”kata abahnya lagi.
Menurut sejarah keluarga Hafizul, dia sememangnya bukan satu-satunya anak kepada keluarga Datuk Daud. Sebelum Hafizul dilahirkan, Datuk Daud  dan Datin Rafidah dahulunya memiliki dua orang anak lelaki iaitu Farid dan Fahrin. Tetapi Allah lebih menyayangi mereka berdua. Farid dan Fahrin mengalami kemalangan jalan raya yang menyebabkan mereka terbunuh. Kereta yang dipandu Farid hilang kawalan ketika cuba mengelak dari biawak yang melintas secara tiba-tiba dihadapan kereta mereka sebelum merempuh belakang lori treler yang membawa muatan kayu balak. Sehingga hari ini hanya Hafizul sahaja sangat disayangi Datuk dan Datin.
“Fizul datangla rumah, abah ngan umi akan tunggu Fizul, tetapi bawa kereta tu hati-hatila,” kata Datuk lagi.
“Baiklah abah, tetapi bukan hari inilah abah, sebab Kelantan dengan Kuala Lumpur tu jauh,”jawab Fizul sebelum mematikan telefon bimbitnya.
Fizul bingkas bangun dan berlalu ke dapur untuk minum segelas air, dia membuka peti sejuk dan mengambil satu botol susu segar dan menuangnya ke dalam cawan. Setelah selesai minum dia mencuci cawan dan terus menuju ke biliknya. Dia membuka pintu biliknya dan secara tidak langsung telefon bimbitnya berbunyi. Dia melihat skrin di telefon bimbitnya dan terpapar nama Zul Helmi. Dia menekan untuk menjawab panggilan terebut.
“Helo, assalamualaikum,”jawab Hafizul.
“Waalaikummussalam, Fizul ni zul ni, kau kat mana, aku nak jumpa kau sekarang boleh ada hal mustahak,”kata Zul dengan nada yang cemas.
“Apasal ni Zul, ko taka apa-apa ke, kau buat aku cemasla Zul,”Tanya Hafizul lagi.
“Kau datang dulu nanti aku bagitahula apa sebenarnya yang berlaku, aku tunggu kat tempat biasa k,”kata Zul lalu mematikan telefonnya. Dia tersenyum puas.
Tanpa membuang masa Hafizul menarik kain tuala yang tersidai di penyidai kain dan terus ke tandas untuk mandi. Sepuluh minit kemudian dia keluar dari bilik mandi dan terus mengenakan baju t-shirt kegemarannya dan selaur jeans. Pelik, alamari dalam biliknya tersusun rapi, sebelum ini semua bajunya tidak pernah bergosok, tetapi hari ini semua kelihatan kemas dan tidak berkedut.
“Siapa yang kemas dan gosok baju aku ni? Syazwani ke?”Tanya Hafizul dalam hati. Hafizul melihat jam tangannya dan terasa yang dia sudah terlambat terus mengambil kunci keretanya. Dia masuk semula dalam bilik tidurnya dan menuang sedikit minyak wangi yang dihadiahkan oleh kawan baiknya.
Dia menekan butang pada alat kawalan jauh di tangannya. Dengan serta merta pintu pagar automatiknya terbuka. Tiba-tiba kelihatan kereta Syazwani sampai di perkarangan rumahnya. Tanpa berlengah dia terus memarkingkan keretanya di sebelah kereta Hafizul. Dia keluar dari kereta dan melihat Hafizul yang terkejar-kejar seperti dikejar hantu.
“Abang nak keluar kejap ni, nak jumpa kawan,”kata Hafizul.
“Aik,keluar pun nak bagitahu kat orang ke? Pergila saya tak kisah pun awak ke mana, ohya lagi bagus kalau jumpa perempuan lain terus,”jawab Syazwani dengan kasar.
Hafizul tidak mengendahkan kata-kata Syazwani yang menyakitkan hatinya,dia terus berlalu pergi. Syazwani menjeling dan terus masuk kedalam rumah setelah menutup pagar rumahnya.
Tidak sampai lima belas minit Hafizul tiba di tempat biasa dia dan Zul selalu lepak, iaitu di MC Donald Wakaf Che Yeh. Dai mematikan enjin keretanya selepas memarkingkan keretanya di kawasan tempat letak kereta, betul-betul disebelah kereta Zul Helmi. Dia terus keluar dan berlari-lari anak sambil mencari-cari kelibat Zul. Zul melambai-lambai tangannya kea rah Hafizul. Hafizul mengangguk kepala dan terus duduk didepan Zul sambil tercungap-cungap. Zul hanya ketawa sahaja. Hafizul berasa pelik dengan Zul.
“Hah, tadi kata ada hal mustahak apa dia?”Tanya Hafizul
“Hahahaha...kau ni Fizul, aku saja je gurau dengan kau, nak tengok kau sayang tak kat aku,” jawab Zul sambil tergelak.
“Itu je kau nak bagitahu aku Zul?”Hafizul cuba merendahkan suaranya apabila melihat ramai yang sedang perhatikannya.
“Aku just nak bagi kau ini je,”kata Zul sambil menyerahkan kad jemputan kahwinnya kepada Hafizul. Hafizul membuka kad tersebut dan membacanya.
“Angin takde ribut takde kenapa nak kahwin pula, mana calonnya?”Hafizul mencari-cari calon isteri kawan baiknya di dalam restoran makanan segera tersebut.
“Aku nak kahwin ni disebabkan kau la,”kata Zul
“Sebab aku? Kenapa Zul,”Tanya Hafizul sambil mengerutkan keningnya.
“Aku nak kahwin ni sebab aku cemburu tengok ko kahwin...hahahahaha..lagi satu aku dah dilamun cinta dengan wanita ini. Aku dah setuju nak berkahwin dengan dia. Jadi kau orang pertama yang aku bagi kad ni sebab kau kawan baik aku, aku taknak putus kawan dengan kau disebabkan hal yang berlaku,”kata Zul dengan panjang lebar.
“Fizul...Fizul...,”Zul menepuk tangan Hafizul perlahan membuatkannya tersentak.
“Apa yang kau fikir tu, dah mari aku perkenalkan calon isteri aku kepada kau, ni Zalikha, panggil dia Ika,”kata Zul dengan senyuman yang besar.
“Eh, Ika..la kau rupanya teman wanita Zul,”Tanya Hafizul dengan tergelak.
“Kau kenal Ika ke Fizul?”kali ni Zul yang berasa pelik.
“Macam mana aku tak kenal, dia ni anak Datuk Farid, sepupu aku la, Datuk Farid tu adik abah aku,”kata Hafizul lagi.
“Jadi kita ni akan jadi sepupula Fizul,”Tanya Zul lagi.
“Yela, hahahahahaha,” kata Hafizul sambil ketawa berdekah-dekah, kali ini mereka tidak mengendahkan orang yang sedang perhatikan mereka. Ika hanya tersenyum melihat gelagat mereka.
Satu hari yang memenatkan bagi Hafizul bila sampai kerumahnya. Melihat perangai Syazwani menyebabkan dia sakit kepala yang amat sangat. Setibanya dia pintu, dia menekan loceng pintu. Tidak ada tindak balas, dia tekan lagi, melihat kearah jam tangannya, menunjukkan jam 7.30 malam. Dia mengeluh sambil memicit kepalanya yang terasa sakit sangat. Syazwani membuka pintu. Dengan nada yang amat marah dia terus memarahi Hafizul.
“Kalau malas nak buka kunci pintu, tak payah duduk rumah ni lagi, menyusahkan orang sahaja,”kata Syazwani sambil mengangkat telekungnya keatas.
Belum sempat Syazwani berlalu ke bilik, tiba-tiba Hafizul rebah ke lantai. Hafizul pengsan.
“Fizul...Fizul...bangun Fizul...kenapa ni Fizul...,”Syazwani menepuk-nepuk pipi Hafizul dengan perlahan.
“Abang...abang....bangun abang...jangan takutkan Wani abang...,”tanpa disedari Syazwani menangis.
Dia terus bingkas bangun dan mencapai telefon rumah dan mendail nombor ambulans. Sepuluh minit kemudian ambulan sampai. Dia bangun dan berlari mencapai tudung dan anak kuncinya. Dia mematikan semua suis di dalam rumahnya yang masih terpasang. Dia mengunci pintu dan menghidupkan enjin keretanya  dan terus memandu laju ke hospital. Dia mencari telefon bimbitnya dan mendail nombor Datuk Daud.
“Assalamualaikum abah, ni Wani, abah Fizul pengsan, sekarang ambulans bawa dia ke hospital,”kata Syazwani dengan nada yang sedih.
“Apa! Fizul di hospital? Wani bawa kereta tu perlahan-lahan k, nanti abah ngan umi ambik tiket ke sana,”jawab Datuk Daud dengan cemas.
Sampai diperkarangan hospital, dia terus memarkingkan keretanya dan terus turun dari kereta. Dia mendail nombor Zul, setelah selesai bercakap dengan Zul, dia terus menuju ke kaunter pertanyaan dan menanyakan tentang pesakit yang dibawa kurang sepuluh minit tadi. Doktor memberitahu Syazwani bahawa Hafizul berada di bilik kecemasan.
Syazwani menunggu dengan sabar. 20 minit kemudian Zul sampai bersama dengan seorang perempuan muda. Dia berlari mendapatkan Zul.
“Zul...,”kata Syazwani perlahan sambil menangis.
“Macam mana dengan Fizul Wani?”Tanya Zul.
“Dia dekat bilik kecemasan, Datuk dan Datin akan ambil penerbangan malam ni, tapi taktau pukul berapa sampai,”kata Syazwani dengan nada yang sedih
“Siapa perempuan ni Zul,”Tanya Syazwani berbau cemburu.
“Oh lupa nak perkenalkan, ini Ika bakal isteri zul,”jawab Zul, Syazwani tersentak bila terdengar perkataan bakal isteri.
“Salam perkenalan,”jawab Ika sambil mengarahkan tangannya untuk bersalaman dengan Syazwani.
“Salam perkenalan,”jawab syazwani sambil membalas salam Ika tadi. Kelihatan seorang doktor yang berusia dalam lingkungan 30an keluar dari bilik kecemasan sambil menjawab panggilan telefon. Doktor tersebut mengangguk-anggukkan kepalanya dan tanpa disuruh Syazwani terus mendapatkan doktor tersebut. Dia memegang tangan doktor dan menanyakan keadaan Hafizul.
“Macam mana dengan keadaan Hafizul doktor?”Syazwani terus mengajukan soalan tersebut kepada doktor muda itu.
“Dia selamat, awak tak perlu risau, dia hanya penat dan kekurangan tenaga untuk bergerak,” jawab doktor dengan ringkas.
“Tadi tengah hari kami makan bersama doktor, malah kami gelak ketawa lagi, tiba-tiba jadi begini,awak pasti dia tidak ada sebarang penyakit doktor,”kata Zul dengan perasaan yang pelik. Dia menggenggam tangan Ika. Syazwani terpandang kelakuan zul tadi. Perasaan cemburunya semakin tinggi.
“Boleh saya tengok dia doktor?”Tanya Syazwani lagi.
“Semestinya boleh, awak isteri dia kan,”kata doktor tu lagi. Tanpa berlengah dia terus masuk ke bilik Hafizul. Dia mendekatkan dirinya di katil Hafizul. Dia memandang wajah Hafizul yang pucat, cengkung, dan tidak bermaya. Dia duduk di kerusi sebelah katil Hafizul. Tanpa disedari air matanya jatuh. Dia mengesat air matanya dengan baju kurungnya.
“Fizul...awak dengar suara saya?”kata Syazwani lembut. Tiba-tiba mata Hafizul terbuka perlahan.
“Umi...Abah...,”kata hafizul lemah.
“Umi ngan abah akan datang sebentar lagi, fizul tunggu kejap lagi k,”kata Syazwani lembut.
“Fizul nak apa-apa?”Tanya Syazwani lagi. Fizul menggeleng-gelengkan kepalanya dan terus memegang kepalanya apabila terasa sakit.
“Sakit lagi ke?”Tanya Syazwani. Fizul tidak menjawab hanya diam membisu.
Tidak lama kemudian Datuk dan Datin tiba.












  
  



BAB 4
Genap setahun setengah mereka berkahwin tetapi masih tiada perubahan pada rumah tangga mereka. Sejak keluar dari hospital sebulan lalu, Hafizul menjadi seorang yang  pendiam. Syazwani kelihatan pelik melihat perubahan Hafizul. Dia tidak pernah bercakap malah senyum. Lepas makan dia terus menuju ke bilik tidurnya. Hari demi hari berlalu membuatkan Syazwani semakin hilang sabar. Suatu hari Syazwani masuk ke bilik Hafizul. Dia melihat Hafizul sedang baring di katil. Syazwani duduk di atas katilnya dan memegang tangan Hafizul. Hafizul tersentak. Syazwani memberanikan dirinya untuk bertanya.
“Abang..,”kata Syazwani lembut. Hafizul hanya mendiamkan dirinya.
“Abang masih marahkan Wani ke?”tanya Syazwani lagi. Hafizul hanya menggelengkan kepalanya menandakan tidak.
“Abang tak macam dulu, abang dah tak cakap dengan Wani, kat pejabat pun abang cuba elakkan dari Wani, kenapa abang?”kata Syazwani lagi.
“Saya elak pasal awak, awak taknak saya bukan, jadi saya akan ikut kehendak awak, kalau awak rasa tak selesa dengan saya, saya sanggup berpisah malah berce..”belum sempat Hafizul mengakhiri kata-katanya Syazwani dengan pantas menutup mulut Hafizul dengan telapak tangannya.
“Wani taknak berpisah dengan abang, Wani cintakan abang, Wani nak minta maaf dengan apa yang berlaku selama kita kahwin. Memang Wani ego, tapi abang sanggup tahan dengan sikap Wani, bila abang kucup dahi Wani, Wani sedar masa itu juga Wani dah mula sayangkan dan cintakan abang,”kata Syazwani dengan panjang lebar.
“Saya tahu awak tipu saya, sejak awak tahu Zul nak kahwin, sejak awak dan saya pergi majlis perkahwinan mereka awak cuba nak tenangkan hati awak dengan berkata seperti ini, bukan?”kata Hafizul lagi. Kali ini Syazwani hilang kata-kata. Dia naik ke katil dan duduk bersebelahan dengan Hafizul. Dengan perlahan dia Syazwani memegang muka Hafizul dan mendekatkan mukanya ke muka Hafizul, Syazwani terus  mencium bibir Hafizul, Hafizul membalas ciuman Syazwani, mereka saling berciuman. Berlakulah satu hari yang tidak akan dilupakan oleh mereka.
Keesokan pagi mereka tidak ke pejabat, mereka ambil cuti selama seminggu. Mereka membuat rancangan untuk berbulan madu di Sabah. Malam itu juga mereka berlepas.

TAMAT